✅ Borang Ayumart PLT
✅ Surat kebenaran bank (jika kenderaan masih ada hutang bank)
✅ Polisi insurans/cover note (jika kenderaan sudah habis bayar)
✅ Salinan geran kereta Front & Back
✅ Salinan IC Front & Back
✅ Pengisytiharan Kastam (jika meletakkan barang didalam kenderaan)
✅ SSM Syarikat & Surat pengisytiharan ejen (untuk kenderaan syarikat)
So, kalau hendak hantar kereta ke Sabah atau Sarawak bagaimana caranya? Sebenarnya ianya sangat mudah. Perkara pertama, anda berhubung dengan shipping agent yang menyediakan perkhidmatan penghantaran dan mereka akan uruskan semuanya untuk anda. Apa yang perlu anda sediakan ialah duit yang mencukupi untuk membayar perkhidmatan mereka.
Anda perlu juga bersedia dengan dokumentasi kenderaan yang hendak anda hantar seperti kad pemilikan kereta dan surat dari bank untuk kenderaan yang masih belum habis bayar dengan pihak bank. Jangan lupa untuk sediakan salinan MyKad anda sebagai pemilik kenderaan sah yang ingin di pos. Kebanyakan penyedia perkhidmatan penghantaran kereta dan motor akan menyediakan polisi insurans untuk kenderaan anda. Sudah tentu polisi insurans itu juga termasuk dalam kos penghantaran yang terpaksa anda bayar.
Bergantung kepada perbincangan dan persetujuan antara anda dan agent shipping kereta anda, di bawah adalah sedikit maklumat tambahan yang anda boleh baca jika merancang untuk pos kereta anda.
Barang atau muatan dalam kenderaan adalah DILARANG sama sekali kepada semua pelanggan. Namun atas permintaan pelanggan pihak syarikat memberi keizinan dengan syarat pelanggan TIDAK BOLEH membuat sebarang tuntutan ATAU ganti rugi JIKA berlaku kerosakan atau kehilangan barang atau muatan tersebut (RISIKO PENGGUNA SEPENUHNYA SENDIRI).
Kalau ada barang berharga seperti mobile phone, elektronik dan barang-barang berharga ada baiknya keluarkan dari kereta yang ingin dihantar melalui shipping.
Tiada kos tambahan dikenakan sekiranya tuan/puan ingin membawa muatan barang di dalam kenderaan yang ingin dihantar. Syarikat perkhidmatan penghantaran kereta AyuMart.My ada kongsikan tips di bawah.
Maksudnya anda bolehlah ambil kesempatan tumpangkan barang-barang peribadi anda masuk ke dalam kereta yang hendak anda pos. Bolehlah juga membantu menjimatkan kos penghantaran barang peribadi anda ke destinasi yang dituju.
Jangan masuk almari, meja dan peti sejuk semua kerana ianya tidak akan muat dalam kereta anda.
Maklumat ini juga bermanfaat kepada mereka yang ingin membuat penghantaran kereta dari Sabah atau Sarawak ke Semenanjung Malaysia.
Semoga perkongsian info mengenai harga pos kereta ke Sabah atau Sarawak ini bermanfaat kepada anda. Sila like dan share info ini kepada rakan-rakan anda.
Sila lihat senarai harga hantar kereta ke Sabah untuk ke 5 destinasi atau pelabuhan di Sabah. Ingin kami ingatkan anda kembali bahawa harga ini tidak sama antara syarikat yang menyediakan perkhidmatan tersebut.
Untuk mendapatkan jumlah harga terkini anda boleh berhubung terus dengan syarikat yang menyediakan perkhidmatan penghantaran kereta untuk ke Sabah.
Anggaran harga di bawah ini adalah untuk penghantaran dari Pelabuhan Klang (Port Klang) di Semenanjung Malaysia.
Senarai di bawah pula adalah anggaran harga pos kereta ke 4 destinasi di Sarawak. Harga ini adalah kos untuk penghantaran dari Pelabuhan Klang (Port Klang) di Semananjung Malaysia.
Kategori perkhidmatan penghantaran kereta biasanya terbahagi kepada 4 seperti di bawah. Kategori yang anda pilih ini juga akan mempengaruhi harga.
Kebiasanya kategori perkhidmatan yang sering menjadi pilihan ialah dari port to port kerana kosnya yang lebih murah. Anda akan pandu kereta anda ke port dan apabila kereta anda sampai ke destinasi anda akan ambil dari port juga.
Nota: Ada banyak syarikat yang menyediakan perkhidmatan penghantaran kereta ke Sabah dan Sarawak. Hanya perlu tanya pakcik google sahaja cara pos motor dan kereta atau boleh berhubung terus dengan AYUMART ENTERPRISE
Portal Permohonan Dan Perbaharui Kad Personel Binaan, Syarikat Kontraktor Gred 1-7 Dan Pos Motor Kereta Ke Sabah Sarawak